Selena Gomez
Selena Gomez

Selena Gomez

Selena Marie Gomez (/səˈlnə məˈr ˈɡmɛz/;[3] seˈlena ˈɣomes;[4] lahir 22 Julai 1992) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Amerika Syarikat. Beliau telah membuat kemunculan sebagai pelakon kanak-kanak dalam siri televisyen Barney & Friends, Gomez meraih kemasyhuran sebagai peranan utama dalam siri Disney Channel Wizards of Waverly Place (2007–12). Berikutan kejayaan siri tersebut, Gomez telah muncul dalam beberapa filem, rancangan televisyen, dan kolaborasi muzik bersama rangkaian itu pada tahun-tahun berikutnya. Gomez juga menubuhkan syarikat penerbitan miliknya, July Moon Productions pada 2008; beliau berkhidmat sebagai penerbit eksekutif siri Netflix 13 Reasons Why, yang dikeluarkan pada Mac 2017. Beliau menandatangani kontrak rakaman bersama Hollywood Records pada 2008 dan seterusnya menubuhkan kumpulannya, Selena Gomez & the Scene pada tahun berikutnya. Kumpulan itu telah menerbitkan tiga album studio dan menghasilkan empat single 30 teratas menjelang 2011.Gomez menumpukan kerjaya lakonannya dengan mengalihkannya ke karya filem, menerima peranan lakonan dalam filem seperti Ramona and Beezus (2010) dan komedi romantik Monte Carlo (2011). Gomez mencapai imej yang lebih matang dengan peranan dalam filem eksploitasi Spring Breakers (2013), dan juga dengan keluaran album solo pertamanya Stars Dance (2013). Album itu menduduki teratas di carta Billboard 200 di Amerika Syarikat, dan termasuk single 10 teratas "Come & Get It". Gomez mengadakan konsert jelajah Stars Dance Tour (2013), biarpun bahagian awalnya dibatalkan berikutan masalah peribadi dan perubatannya.Pada 2014, Gomez memecat ibu bapanya sebagai pengurusnya dan menandatangani bersama WME dan Brillstein. Semasa tempoh ini, beliau menandatangani kontrak rakaman baru bersama Interscope Records, melancarkan album kompilasinya sebagai keluaran kelimanya dan terakhir bersama Hollywood Records, yang mana ia telah didahului oleh single 10 teratas keduanya, "The Heart Wants What It Wants". Gomez melancarkan album studio keduanya, Revival, pada Oktober 2015. Album ini menaiki nombor satu di carta Billboard 200, sementara tiga single pertamanya "Good for You", "Same Old Love" dan "Hands to Myself" semuanya mendaki carta Mainstream Top 40 di Amerika Syarikat. Beliau mengadakan jelajah dunia Revival Tour pada 2016; seperti jelajahnya sebelum ini, ia juga ditangguhkan berikutan masalah peribadi dan perubatannya. Di antara kolaborasi muzik, beliau telah bekerjasama dengan Charlie Puth menerusi lagu "We Don't Talk Anymore", dan bersama Kygo menerusi "It Ain't Me".Di luar dunia hiburan, Gomez melancarkan julat pakaiannya sendiri melalui Kmart pada 2010 dan wangian berjenama sendiri pada 2013. Beliau telah bekerja dengan beberapa pertubuhan amal selama bertahun-tahun dan menjadi duta UNICEF pada usia 17 tahun. Sejak permulaan kerjayanya, Gomez telah menjual sebanyak 7 juta album dan 22 juta single di serata dunia, menurut Billboard.[5] Sehingga November 2016, Gomez merupakan pengikut Instagram yang paling diikuti di dunia.[6] Gomez telah meraih jumlah anugerah dan pencalonan untuk kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi dan telah memenangiAnugerah ALMA, anugerah Billboard Women in Music, Anugerah Muzik Video MTV, Anugerah Muzik Amerika, Anugerah People's Choice, dan tiga Anugerah Pilihan Remaja.

Rujukan

WikiPedia: Selena Gomez http://www.vogue.com.au/celebrity/news/selena+gome... http://kidstvmovies.about.com/od/wizardsofwaverlyp... http://kidstvmovies.about.com/od/wizardsofwaverlyp... http://movies.about.com/od/montecarlo/ig/Monte-Car... http://top40.about.com/od/singles/gr/selenagomezfa... http://www.accesshollywood.com/selena-gomez-gradua... http://news.adidas.com/GB/Latest-News/adidas-NEO-L... http://www.allmusic.com/album/revival-mw0002877757 http://www.allmusic.com/album/stars-dance-mw000255... http://www.allmusic.com/artist/selena-gomez-mn0000...